Powered By Blogger

Sunday, January 23, 2011

Heart of a mother to mia...& my new life in kk

Malam ni, rasa macam tidak mau tidur saja...(se ronok melihat puteri tidur di sisi)sebab saya akan kembali bertugas di kk esok sehingga ahad depan...saya akan outstation ke maliau basin pada hari selasa ini untuk lawatan perasmian PM kita ke sana......hidup di kk sungguh membosankan apabila habis masa bekerja..lebih lagi tiada amirah..sungguh lambat masa berjalan.balik rumah pandang siling...tengok cd...dan zzzzzzzzzzzz saja...ayayai!

kalau ikutkan hati,memang saya ingin membawa amirah ke kk tapi apakan daya,hidup saya belum establish lagi di bandaraya ini.semoga bulan depan amirah ada rezeki mendapat tempat di taska ria YS.susah atau senang asalakan kami bersama ..kesian juga dengan parents terpaksa menjaga amirah di kampung..tau taulah anak umur 2 tahun plus ni..buli tahan juga tahap explorernya kan?

hmm..mengenai kerja pula..oklah..memang dulu pernah setahun kerja di hq tapi jika saya diberi pilihan...saya memang jauh lebih suka danum ..kerana orangnya dan persekitaran kerja yang kurang tekanan.di hq ni kebanyakkannya serius2..di danum enjoy sekali...

well, apapun sebenarnya saya don't care..as long as saya bersama amirah..itu saja yang penting.oklah..sayonara..doakan agar majlis di maliau berjalan lancar dan saya pergi dan bali dengan selamat.

                                                   salam sayang dari puan katakdan puteri mia!

Friday, December 24, 2010

Christmas Eve..

Hola...

hmm..jangan terkesima dengan tajuk ini ok. well saya rasa sangat bertuah hidup di negeri sabah ini..sebab?...saya dilahirkan dari keluarga berbangsa dusun dan beragama islam..dan ini bermakna ahli keluarga saya terdiri daripada budaya dan agama yang pelbagai ..so..saya mempunyai datuk,aunty,uncle,sepupu yang beragama kristian  dan meraikan krismas...kami semua hidup harmoni sebagai sebuah keluarga yang HARMONI!yeayyyyy!!!

Malam ini, dinner family disertai oleh beberapa ahli keluarga dari sebelah mama iaitu uncle joel ( abang mama ), uncle danny ( adik mama ) dan roger ( cousin from sibu sarawak ).

we're having some small BBQ dinner..dan Mandy ( sister in law ) buat coleslow dan mashed poatoes..eh betul ka ejaannya tu..hehhe..hentam sajalah..

Esok pasti rumah ini akan dipenuhi denga hilai ketawa keluarga sebab all my siblings and families will be here.my sister bingo and family akan mendarat di tanah sabah seawal jam 8 pagi esok..yayyy..this will be niedal first stay in sabah!

27th Dec adalah hari yang ditunggu ..why?..nanti akan di beritahu okay..daaaa

Untuk santapan mata anda..FYI ini adalah tiger leech yang sengaja diletakkan di atas kepala one of my ranger ( belon ) in Danum Valley semasa latihan menyelamat di tempat kerja..disuruh simpan pewarna tapi tak real katanya..mau juga darah yang real!hahaha..kreatif dan inovatif gitu!bravo belon!

Thursday, December 23, 2010

From Jungle to City!!

hmmm..percaya atau tidak sudah 3 tahun saya berkhidmat di dalam hutan Lembah Danum yang sangat istimewa di hati saya. Apa tidaknya,saya pregnant dan besarkan amirah ( my lovely dotter ) di hutan ini. Banyak suka duka yang berlaku semasa bertugas di sini ..kenangan manis sangat banyak..dan yang pahit tidaklah banyak sangat.Paling tak best ialah kalau anak sakit. Apapun itu semua tinggal kenangan, sebab pada masa ini saya berada di kampung dan sedang bercuti sakan..lebih-lebih pulak adik lelaki paling bungsu akan melangsungkan perkhawinannya pada 27hb ini disaksikan oleh semua saudara mara terchenta...
Inilah salah seorang ranger yang saya angkut dari danum merangkap driver kami pada masa itu iaitu mr zahid atau dengan nama panggilannya di danum Belon
Tada..2 staff saya yang bersusah payah membantu penghijrahan saya kembali bertugas di hq kota kinabalu..stefnous dan belon..kalau disuruh bergaya bukan main lagi..
Chenta hatikuu...anak gadisku yang sangat sopan dan ayu..amirah zahirah @ mia muahhh...sedang posing di bilik pengantin to be..

 View front the front side oh my parents home sweet home..dan kereta iteww milik sri norinah enterprise..hehehe
 Ketibaan adik lelaki yang membawa pulang bersama isterinya Mandy ..hepi sebab lama tidak jumpa dan pertama kali jumpa..
Dan untuk tatapan akhir..inilah dia ibu mithali tahun 2010 hehehe..sedang memujuk mia yang sedang malu-malu kucing dengan uncle yohannya dan aunty barunya aunty mandy..mula-mula jer tu..